Soalan Lazim

Bilakah waktu muzium dibuka kepada pelawat?
Muzium dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali Isnin, bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Apakah dikenakan sebarang bayaran masuk?
Tidak, masuk adalah percuma.

Apakah prosedur untuk mengadakan lawatan berpandu ke muzium?
Sesiapa yang berminat untuk mengadakan lawatan berpandu, hendaklah menghantar surat permohonan dengan menyatakan tarikh dan masa lawatan serta jumlah peserta. Proses permohonan lawatan berpandu adalah 14 hari bekerja. Alamatkan surat tersebut kepada: 

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
d/a Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 SHAH ALAM.

Bagaimanakah cara untuk menjual koleksi kepada pihak Muzium?
Pembekal koleksi perlulah membawa koleksi tersebut bersama senarai harga dan keterangan bahan koleksi ke Muzium dan berurusan dengan Pegawai Unit Pengurusan Koleksi & Repositori. Koleksi tersebut akan dikenalpasti dan kemudian dinilai oleh Jawatankuasa Mesyuarat Koleksi & Kewangan. Sekiranya diluluskan, pembelian koleksi akan dilaksanakan, jika sebaliknya ia akan dipulangkan semula kepada pembekal.

Apakah prosedur yang perlu dipatuhi bagi sesiapa yang ingin membuat penyelidikan?
Permohonan bersurat hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dan maklumkan tajuk penyelidikan. Satu temujanji akan diaturkan dan seorang Pegawai berkaitan akan diarahkan untuk membantu.