Pameran

Pengenalan

Pameran merupakan peneraju utama Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor. Pameran ini terdiri daripada Pameran tetap, Pameran Sementara, Pameran Khas dan Pameran Bergerak (pengembangan sejarah, budaya, warisan dan alam semula jadi). Bahagian Perkhidmatan Muzium merupakan penggerak atau pelaksana utama dalam mencorakkan sesebuah pameran.

Bahagian Perkhidmatan Muzium

Bahagian Perkhidmatan Muzium berperanan memberi khidmat nasihat kepakaran dan perundingan kepada muzium-muzium negeri, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta institusi pengajian tinggi dalam pengurusan, penubuhan dan pameran muzium serta merangka dan melaksanakan perkhidmatan pengisian pameran muzium-muzium baru jabatan dan kerja-kerja ubahsuai naik taraf.

Fungsi Bahagian Perkhidmatan Muzium

  1. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada agensi-agensi luar dan muzium-muzium lain dalam hal permuziuman (penubuhan muzium, pameran, peragaan artifak dan hal-hal lain yang berkaitan).
  2. Merangka dan menyemak reka bentuk pameran di galeri muzium dan membantu pelaksanaannya.
  3. Melaksanakan program pengembangan melalui pameran dan pembangunan (R & D) terhadap muzium keseluruhannya.
  4. Memantau dan menetapkan piawaian kategori dan taraf muzium di bawah jabatan dan muzium-muzium lain.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

  1. En. Azrizal bin Ahmad
    Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
    Penolong Kurator
  2. Mohd. Fairuz bin Saari
    Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
    Penolong Kurator

Telefon and Faks

Telefon: 03-5519 0050 / 5510 3220 / 5519 3190 / 5519 7604
No Faks: 03-5510 1799