Penyelidikan

Penyelidikan berkaitan Adat Melayu dan Warisan  Selangor giat dilaksanakan sejajar dengan usaha PADAT untuk menjadi sebagai salah satu pusat rujukan khususnya di Selangor. Antara penyelidikan yang telah dilaksanakan sebagai langkah awalan ialah Penyelidikan Seni Bina Masjid-masjid Lama dan Rumah Tradisional di Selangor. Seni Reka Teknologi turut dijalankan penyelidikan iaitu berkaitan tekstil Telepuk yang amat popular di kalangan bangsawan Selangor satu ketika dahulu. Selain itu penyelidikan yang menjurus kepada seni tampak (Seni visual) turut akan dilaksanakan dalam perancangan seperti Masakan tradisional Selangor, Tarian, Busana selain seni mempertahankan diri. Kerja-kerja carigali bagi membantu pengumpulan Maklumat Penyelidikan turut dilaksanakan iaitu kerja-kerja carigali di Tapak Perigi Lama Jugra selain kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) monumen lama iaitu Penjara Jugra (Rumah Pasung) dan Gedung Raja Abdullah@ Muzium Timah di Klang.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

Puan Intan Salina Idrus
Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
Kurator, Bahagian Penyelidikan
Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor

Telefon: 03-5519 0050 / 5510 3220 / 5519 3190 / 5519 7604 ext. 108
No Faks: 03-5510 1799