Konservasi

Pusat Konservasi

Pusat Konservasi Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor berperanan untuk memastikan bahan-bahan koleksi Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan terpelihara. Matlamat ini direalisasikan melalui kerja-kerja penyelidikan dan konservasi artifak.
 

Fungsi Pusat Konservasi

  1. Melaksanakan kerja-kerja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan dokumentasi
  2. Menjalankan kerja-kerja pencegahan kerosakan dan membaikpulih artifak
  3. Pemantauan sistem kawalan suhu, kelembapan, pencahayaan dan makluk perosak yang terdapat di dalam stor koleksi dan galeri-galeri muzium
  4. Memberikan latihan dan khidmat nasihat mengenai konservasi kepada kakitangan dan agensi berkaitan

Aktiviti Konservasi

Bahan organik

Bahan organik adalah bahan yang berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Bahan organik mudah menyusut dan dirosakkan oleh serangan ejen perosak. Contoh bahan organik ialah rotan, buluh, kayu bulu dan kulit.

Bahan Bukan Organik

Bahan bukan organik adalah bahan yang terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi organisma hidup. Contoh bahan bukan organik adalah logam, batu dan lain-lain.

Konservasi Preventif

Tindakan yang dilakukan bagi menghalang pelapukan semulajadi objek akibat keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan, cahaya dan juga perosak seperti serangga, fungus dan pencemaran udara.

Konservasi Kuratif

Konservasi kuratif adalah tindakan yang diambil untuk merawat objek yang mengalami proses deteriorasi. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menghentikan atau merencat proses deteriorasi ke atas objek tersebut

Restorasi

Prosedur rawatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan barangan kebudayaan kepada keadaan yang sediakala dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

Nor Husna Natassha Binti Basir
Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.
Kurator, Bahagian Konservasi
Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor

Telefon: 03-5519 0050 / 5510 3220 / 5519 3190 / 5519 7604
No Faks: 03-5510 1799