Arkib Sebutharga

Senarai Tender Dan Sebutharga Oktober 2016

PADAT LOGO

PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
KENYATAAN SEBUTHARGA

 

Tawaran adalah di pelawa kepada penyebut harga - penyebut harga yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dalam kod bidang yang dibenarkan dan BERDAFTAR DENGAN UNIT PERANCANG EKONOMI SELANGOR (UPEN) untuk melaksanakan kerja seperti berikut:


1) SH/PADAT/UKP/39/2016 - SEBUTHARGA MEMBEKALKAN CENDERAMATA UNTUK PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tarikh Buka  : 24 Oktober, 2016 
Tarikh Tutup : Telah Ditutup!!!
(Iklan Penuh) Telah Ditutup!!!
(Spesifikasi)

 

PADAT LOGO

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA (Telah Ditutup!!!)
PELUPUSAN KENDERAAN TERPAKAI, ‘SEBAGAIMANA DI MANA’ (AS IS WHERE IS)
DI PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) seperti berikut:

No. Sebut Harga : SH/PADAT/UKP/37/2016 Telah Ditutup!!!

Keterangan  Kuantiti  Tahun Dibeli  Harga Simpanan  Deposit
 Kereta Proton Perdana  1  2006  RM7,700.00  RM1,300.00

Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga yang boleh diperolehi di

Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
Tingkat 1, d/a Bangunan Muzium Sultan Alam,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam. (pada waktu pejabat sahaja) 

Dokumen sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil syarikat hendaklah membawa dokumen-dokumen ASAL SIJIL PENDAFTARAN yang masih sah tempoh yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia , Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Salinan-salinan perakuan dan/ atau Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya. Manakala bagi orang perseorangan perlu membawa kad pengenalan diri.

Kenderaan boleh dilihat pada 10.10.2016 hingga 21.10.2016 (pada hari bekerja sahaja) di antara jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang tempat letak kenderaan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

Kos-kos pindah milik, pengangkutan dan lain-lain perlu ditanggung oleh penawar yang berjaya.

Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul jenis kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di :

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
PERSIARAN BANDARAYA
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Pada atau sebelum 24.10.2016 jam 12.00 tengah hari. Sebutharga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak PADAT tidak terikat dengan mana-mana penawar yang tertinggi atau mana-mana tawaran sekali pun.

Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor

Link Iklan Asal eTender Telah Ditutup!!!