Senarai Buku Terbitan

 

 TajukHarga
 

Permainan Wau Kapal  new.png

Permainan wau adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negara Malaysia dan Wau Kapal adalah wau tradisional negeri Selangor yang dikategorikan sebagai antara wau tradisional Melayu yang unik. Permainan wau yang popular dimainkan oleh orang Melayu terutama dikalangan para petani dan nelayan bukan sahaja bagi tujuan keseronokan dan mengisi masa lapang, namun mempunyai falsafah dan tujuan tertentu dalam amalan cara hidup masyarakat terdahulu. Permainan Wau Kapal yang telah mula dimainkan sejak tahun 1850an turut bertujuan bagi menentukan arah angin dan lokasi kapal nelayan yang berlayar di lautan antara ilmu ikhtiar hidup yang penting bagi tatapan generasi kini. Selain itu, keunikan yang terdapat pada Wau Kapal adalah pada konsep rekabentuknya iaitu satu-satunya wau tradisi Melayu yang menggunakan unsur buatan manusia iaitu kapal dan terdapat juga unsur-unsur flora seperti bunga tanjung dan motif kosmologi seperti ombak air dan tali air pada hiasan Wau Kapal. Motif-motif lain yang terdapat pada Wau Kapal ialah Bunga Padi (bahagian kepala), Sauh dan Pelampung (bahagian ekor). Permainan Wau Kapal juga merupakan salah satu warisan watan negeri Selangor yang penting dan sekali gus sangat perlu dipulihara (conserve) dan dipelihara (preserve) kerana ia merupakan salah satu lambang jati diri Melayu negeri ini.

 

 

 

RM 150.00

 

Kesenian Telepuk Warisan Alam Melayu Selangor new.png

Keindahan kesenian warisan menelepuk pada lembaran kain-kain dewangga di Selangor garapan Intan Salina Idrus terungkai indah di dalam buku Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor. Beliau telah mengambil daya usaha untuk membongkar ilham dan daya kreativiti masyarakat lampau tidak hanya menghasilkan kain-kain dewangga malah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghias kain terutama pada lembaran kain-kain Bugis yang ditenun halus, padat serta digerus.

Minatnya untuk menelusuri kesenian telepuk di Selangor ini bagai lautan tidak bertepi. Buku ini telah memancarkan pengalaman beliau dalam membuktikan pemakaian tekstil telepuk di Selangor dengan dimulai dengan pemakaian telepuk sejak zaman Sultan Salehuddin iaitu Sultan Selangor yang pertama.

Penemuannya di Daik Lingga Riau dari liuk-liuk ukiran nama Raja Penuh iaitu anakanda kepada Sultan Salehuddin pada sarang atau cop telepuk telah memberinya nafas untuk meneruskan pembuktian kesenian dan pemakaian telepuk pada Kesultanan Selangor adalah bersinambungan. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan maklumat mengenai telepuk di Selangor melalui teks-teks Melayu lama dan pelbagai bahan bacaan. Buku ini juga telah memancarkan keindahan kain dewangga bertelepuk dan juga kehalusan dan keindahan ukiran cop telepuk yang halus diukir dan ditekapkan pada lembaran-lembaran kain tradisi yang telah digerus.

 

 

 

 

RM 150.00 

 

Kebaya Selangornew.png

Kebaya labuh atau juga disebut baju belah panjang merupakan antara busana Melayu agung yang wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun ia adalah hasil asimilasi dari pengaruh luar, namun pereka busana ketika itu bijak mengolah hingga lahirnya kebaya yang menjadi identiti dan kebanggaan wanita Melayu.
Buku ini menghimpunkan variasi kebaya labuh dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia yang dilihat popular pemakaiannya di Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Johor. Terbahagi kepada lima bab merangkumi aspek sejarah awal pakaian Melayu, perkembangan kebaya labuh di Selangor dalam kalangan raja, pembesar, rakyat dan Orang Asli (Orang Asal). Perbandingan kebaya labuh di Selangor dan negeri lain di Semenanjung Malaysia serta pelengkap kepada busana yang menjadi sinonim buat wanita juga, turut dikupas dalam dua bab terakhir. Turut dimuatkan bab untuk mereka yang berminat mencuba cara-cara menjahit baju kebaya Selangor mengikut potongan tradisi.


Buat pembaca yang mencintai, mengagumi keindahan, kehalusan tenunan serta menghargai nilai estetika artifak sejarah, hayatilah foto-foto yang pastinya mempesona dan mampu mengimbau nostalgia buat anda yang pernah melaluinya.

 

 

 

 

 RM 150.00

 

Penyelidikan Terkini Nisan Aceh di Selangornew.png

Buku ini membincangkan mengenai batu nisan Aceh yang telah ditemukan di Selangor pada tahun 2006. Penemuan batu nisan Aceh di Selangor adalah hasil daripada kerja-kerja survei dan juga ekskavasi arkeolagi yang telah dijalankan secara sistematik di tapak kampung Lubuk Jaya Kuala Selangor.

Taburan penemuan batu nisan Aceh di Selangor terdapat di daerah Kuala Selangor, Batu Tiga, Shah Alam, Petaling dan Puchong. Keseluruhan jumpaan batu nisan Aceh di Selangor sehingga buku ini diterbitkan adalah sebanyak 53 unit. Melalui bukti dan artifak yang ditemukan, ternyata telah adanya hubungan sosio budaya yang terjalin antara Kesultanan Selangor dan Aceh di Selangor. Tinggalan warisan budaya batu nisan Aceh di Selangor memberikan bukti kesamaan warisan budaya, khususnya dari sudut seni rupa dan betapa mesranya pemikiran dan estetika seni budaya dalam kedua- dua rumpun Melayu ini.

Kekuatan isi dalam buku ini terletak pada kesahihan sumber yang digunakan, lengkap dengan gambar bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam penyelidikan batu nisan Aceh di Malaysia.

 

RM 150.00 

 

Sulaman Kelingkan Melayunew.png

Buku Sulaman Kelingkan Melayu ini memfokuskan kepada perkembangan seni sulaman kelingkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Fokus perkembangan seni sulaman kelingkan ini dibahagikan kepada tiga, iaitu Semenanjung Malaysia, di Kepulauan Borneo dan di Kepulauan Indonesia. Melalui kajian dan pengamatan yang dilakukan, buku ini mengupas perkembangan, perubahan, perbezaan dan kaitan yang terdapat antara Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Indonesia.
Istilah negara serumpun itu menjelaskan bahawa perkongsian budaya itu sangat rapat dan erat. Dalam kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa memang terdapat persamaan penghasilan seni sulaman kelingkan ini antara Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Indonesia, namun begitu, kreativiti yang ada dalam diri manusia dan masyarakat itu telah menghasilkan kepelbagaian penghasilan seni sulaman kelingkan. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah berkaitan corak dan teknik sulaman kelingkan serta cara dan gaya penghasilannya.

Di sini kita akan dapat melihat bagaimana seni sulaman kelingkan di Selangor yang telah bermula di istana semasa zaman Tengku Ampuan Jemaah ternyata mempunyai perbezaan daripada teknik penghasilannya serta motif dan corak sulaman kelingkan itu sendiri. Ternyata perbezaan ini dilihat agak unik dan inilah yang akhirnya nanti akan diklasifikasikan sebagai seni sulaman kelingkan Selangor

 

 

RM 150.00 

 

Tarian Piring Selangornew.png

Tarian Piring Selangor merupakan suatu bentuk kesenian tradisional yang telah disesuaikan mengikut corak kehidupan masyarakat setempat dan diterima sebagai warisan rakyat Selangor. Kandungan buku ini disusun dan diperkemaskan secara analisa perbandingan dengan lain-lain tarian yang mempunyai persamaan dengan tarian piring yang diamalkan di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Terangganu, Pahang, Perak serta di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Aspek penulisan yang dimasukkan adalah berkaitan gerak tarian, sebutan pergerakan tarian, pakaian, peralatan muzik penggunaan pantun, jenis dan jumlah lagu tradisi yang dipersembahkan.

Penulis juga banyak menyentuh aspek tamadun Melayu, sejarah, perkembangan dan persembahan tarian piring di Alam Melayu, pergerakan asas dalam tarian, unsur-unsur spiritual yang berkisar dengan tarian selain urutan peristiwa berkaitan adat merantau dan meneroka serta hubungan antara Selangor dan Sumatera (Minangkabau). Beberapa persoalan dan huraian yang menarik perhatian penulis ketika melengkapkan penulisan ini adalah kerana sehinga kini masih belum dapat dibuktikan lagi asal usul sebenar dari mana tarian ini bermula serta penggunaan peralatan cincin dan piring serta alat muzik, gerak tari, pantun dan juga asas pergerakan yang ditarikan dalam tarian piring perlu dibahas dan dikupas selanjutnya.

Adalah besar harapan penulis agar buku ini menjadi panduan dan rujukan di kalangan para pengkaji dan budayawan seterusnya sebagai pembuka jalan untuk penelitian seterusnya sehingga Tarian Piring Selangor dapat dimartabatkan sebagai identiti ataupun ikon negeri Selangor.

 

 

RM 150.00 (Berkotak)
RM 130.00 (Tidak Berkotak) 

 

2.jpg 1.jpg

Warisan Telepuk Alam Melayunew.png

Alam Melayu tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti budaya. Tidak hanya tekstil yang dihasilkan, malah yang dihiasi dengan kilauan dan gemerlapan tekapan kepingan emas turut diperkenalkan. Tekstil ini dikenali dengan istilah kain telepuk di Semenanjung Malaysia dan di Kepulauan Riau Indonesia dan kain prade di Bali. Di Palembang kain ini dikenali dengan istilah pradan, sementara di Pulau Jawa dikenali dengan kain panjang gading beremas dan juga dengan istilah prada. Keindahan kesenian warisan menelepuk pada lembaran kain-kain dewangga di Alam Melayu terungkai indah dalam buku Warisan Telepuk Alam Melayu.

Penulis telah mengambil daya usaha untuk membongkar ilham dan daya kreativiti masyarakat lampau, tidak hanya menghasilkan kain-kain dewangga malah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghias kain, terutama pada lembaran kain-kain Bugis yang ditenun halus dan padat serat digerus.

Penulis menelusuri, melakar, mencatat dan mengutip apa-apa sahaja berhubung dengan kesenian telepuk dari satu kepulauan ke satu kepulauan di Alam Melayu. Buku ini memancarkan pengalaman beliau dalam mengembalikan semula gemerlap kilauan dan kegemilangan pemakaian telepuk yang pernah wujud di wilayah Alam Melayu. Penemuan kain-kain telepuk di wilayah Alam Melayu dan pelbagai cop yang diukir halus telah memberikan semangat kepada penulis untuk meneruskan pembuktian kesenian dan pemakaian kain telepuk yang telah wujud di Alam Melayu.

 

 

 

RM 150.00

buku

buku

Warisan Masjid-Masjid Lama di Selangor

Masjid atau disebut juga sebagai ‘rumah Allah’ tempat umat Islam berkumpul dan mengerjakan segala kegiatan keagamaan seperti sembahyang berjemaah, bersembahyang Jumaat, sembahyang hari raya dan sebagainya. Sejarah institusi masjid juga membuktikan bahawa masjid adalah satu simbol kekuatan dalam penyatuan umat Islam sejagat seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.

Justeru itu, penerbitan buku ini adalah satu usaha pihak PADAT untuk memartabatkan segala hal berkaitan warisan masjid. Kajian ini juga tertumpu kepada usaha mengumpul dan mendokumentasi masjid-masjid lama yang terdapa di seluruh daerah di Negeri Selangor. Untuk tujuan itu beberapa kerja awalan pengumpulan maklumat daripada sumber bertulis telah dijalankan, di samping gerak kerja lapangan yang melibatkan pengumpulan maklumat sumber lisan dan pemerhatian, terutamanya untuk mengesan dan merekodkan sejarah awal, pengaruh dan perkembangan pembinaan masjid. Kajian yang dijalankan juga turut meliputi reka bentuk, ragam hiasan, unsur simbolik dan falsafah yang terkandung di sebaliknya.

 

 

RM 69.90

buku Pertabalan dan Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor IX RM 240.00 Selepas Diskaun
buku

Senjata Warisan

Masyarakat di Kepulauan Melayu Sememangnya mempunyai kebudayaannya yang tersendiri . Kebudayaan yang wujud diterjemahkan dengan penuh kesenian melalui tingkah laku , adat resam , tarian, pakaian hinggalah bidang persenjataan . Masyarakat Melayu sebagai masyarakat bertamadun sememangnay mempunyai indetiti tersendiri khususnya dalam dunia persenjataan.
Jesteru itu , penerbitan buku ini adalah usaha pihak Lembaga Muzium Selangor untuk memartabatkan segala hal yang berkaitan dengan senjata warisan. Kajian ini juga tertumpu kepada pengumpulan dan keunikan penciptaan senjata warisan yang perkembangan pelbagai budaya etnik menghasilkan sejumlah yang pelbagai bentuk dan ukiran yang unik . Manifestasi keunikan penciptaan senjata telah diterjemahkan dalam ukiran yang berseni dan halus ciptaannya. Selain pembuatan , penciptaan senjata-senjata ini juga memerlukan penjagaan rapid an bertertib , penuh dengan tatasusila yang harus dipatuhi oleh pengamalnya. Selain itu juga buku ini dapat menimbulkan kesedaran dan rasa kecintaan terhadap khaznah budaya bangsa dalam kalangan segenap masyarakat terutamanaya generasi pewaris budaya Melayu.

 RM 200.00 Selepas Diskaun
buku

Tiang Seri Selangor

Generasi muda dalam masyarakat Melayu kerap kali dinasihatkan agar mengenang jerih payah generasi terdahulu dan bersyukur dengan ape yang dikecapi pada hari ini . Kejayaan yang dikecapi lini oleh penduduk negara ini terutamanay Negeri Selangor bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Sebaliknya semua yang dikecapi oleh generasi anak merdeka pada hari ini adalah hasil perjuangan yang diperjuang dan diusahakan oleh nenek moyong kita sebelum ini.
Sehubungan itu , buku TIANG SERI SELANGOR ini berjaya diterbitkan adalah satu langkah awal Lembaga Muzium Selangor bagi proses penyelidikan dan penulisan dalam mengetengahkan tokoh-tokoh politik kelahiran Negeri Selangor. Sesuai dengan tajuk buku ini , perhatian diberikan kepada individu-individu yang pernah menjawat jawatan Meteri Besar Selangor sejak perlantikan Meteri Besar yang pertama dan kisah suka duka kehidupan seorang Meteri Besar Selangor dalam membangunkan Negeri Selangor hingga ke tahap yang tertinggi. 

 

 

RM 45.00 (Kulit tebal)

buku

Tan Sri S.M Salim: Perjalanan Anak Seni

Buku ini menceritakan tentang perjalanan seorang seniman iaitu Tan Sri Dato’ S.M Salim yang tidak asing lagi bagi kita semua bahkan seluruh pelusuk tanah air. Beliau merupakan pelopor dan pencetus lagu-lagu Melayu Asli sehingga digelar sebagai ‘Raja Lagu –lagu Melayu Asli .’ Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1928, yang berdarah kacukan Arab Acheh dimana ayahnya berketurunan Arab yang berasal dari Hadramaut manakala ibunya adalah seorang wanita Acheh yang kaya dengan pendidikan Islam. Beliau juga merupakan anak bongsu dari 13 orang adaik beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan aklir sekali mengikuti Kursus Pengurusan Mediadi Australia.

Pada usia 22 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Normah Salim (Ironia Mrinisi) iaitu seorang keturunan Filipina. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan lima cahayamata.
Dalam kehidupan beliau yang dikenali sebagai seorang penyanyi , sebenarnya terselit pelbagai kebolehan lain seperti pelawak , pelakon bangsawan , juruhebah radio dan punjangga yang setiasa mempunyai ilham dan idea untuk mencipta skrip dan liril lagu-lagu Melayu Asli.

 

 

RM 36.00 (Kulit tebal)

buku Tembikar: Dari Warisan Ke Wawasan

Sejarah awal telah membuktikan manusia telah mengunakan bahan berdasarkan tembukar untuk kegunaan harian mereka , bukan sahaja sebagai alat untuk mengisi makanan dan minuman malahan ianya sering digunakan didalam upacara keagamaan yang berbentuk ‘ ritual complex’ yang mana bahan -bahan tersebut dibentuk menyerupai patung-patung dan bekas –bekas pemujaan . Penghasilan tembikar di Malaysia khususnya telah berkembang sejak zaman Neolitik lagi sejajar dengan peredaran zaman dan pengetahuan manusia . Ini secara tidak langsung meningkatkan permintaan dan pengunaannya berikutan kepelbagaian kegunaannya dari masa ke semasa.
Menyedari tentang hal ini dan betapa pentingnya memartabatkan seni warisan silam ditempat yang tinggi dan sewajarnya maka pihak Lembaga Muzium Selangor dengan kerkasama Jabatan Muzium dan Antukuiti, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Muzium Seni Asia (UM) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk ‘ Tembika Dari Warisan ke Warisan .’ Seminar yang dijalankan selama dua hari ini bukan sahaja telah berjaya mengumpulkan cendiakawan-cendiakawan tembikar dari semua lapisan masyarakat seluruh pelusuk tanah air ,bahkan ape yang penting lagi ianya telah Berjaya mengupas beberapa persoalan penting berkaitan dengan tembikar .
Ini termasuk menyusuri perkembangan sejarah pengunaan tembikar berdasarkan kronologi berzaman, melahirkan teori-teori baru berkaitan penumuan serta jumpaan tembikar zaman silam dan sebagainya.

 

 

RM 18.00 Selepas Diskaun

buku

Jaringan Muzium Asia Tenggara

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan di kongres Antarabangsa Jariangan Muzium Asia Timur, pada 6-7 September di Auditorium Deang Chelak anjuran Lembaga Muzium Negeri Selangor dengan kerja sama Institut Perkembangan Minda (INMIND).Terdapat satu perubahan yang ketara dalam perspektif muzium di negara ini yang boleh dikaitkan ialah kesan pendidikan yang secara langsung membawa perubahan dalam pembentukan minda dan sistem nilai dan normal kepada kehidupan masyarakat seharian.
Perkembangan ini akan memberikan laluan mudah dan keyakinan kepada generasi baru pada abad ke 21 untuk mewujudkan dan mencorakkan satu dimensi baru yang boleh meletakkan permuziuman ketahap antarabangsa.
Objektif yang diberi penekanan dalam buku ini ialah ;
• Membuat penilaian ummum mengenaiperkembangan dunia muzium di Malaysia dan rantau Asia Timur   berasaskan konsep Muzium Sejagat.
• Mengenal pasti kelemahan dan permasalah yang berkaitan dengan aspek muzium serta langkah-langkah memperbaikinya.
• Mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan oleh institut permuziuman didalam pendidikan dan tangangjawab dalam pelbagai aspek sosiopolotik, ekonomi dan budaya.

 

 

RM 17.00 Selepas Diskaun